Monday, March 3, 2008

Submit to search engine

Hai, jumpa lagi. Minggu lalu anda sudah tahu tentang SEO dan bagaimana untuk mengoptimizekan keywords anda. Topik hari ini ialah bagaimana untuk submit url site anda ke search engine. Selalunya kebanyakan webmaster akan submit url website ke mereka menggunakan Google add url atau Yahoo submit site ataupun juga menggunakan website macam Addme atau Submit Express.Nasihat aku, jangan gunakan semua cara itu, kerana ia mengambil masa yang lama untuk Googlebot atau Yahoo slurp datang dan index website baru anda itu. Selalunya ia mengambil masa lebih kurang 4 bulan atau kadang-kadang mencecah 8 bulan baru website anda itu di index oleh Googlebot mahupun Yahoo slurp.

Bagaimana kalau anda tahu cara yang boleh mempercepatkan proses itu. Dari 4 bulan lamanya boleh dipendekkan kepada 1 bulan ataupun 1 hari.Lagi cepat website anda di index oleh search engine, lagi cepat traffic datang dan lagi cepat anda boleh dapat income. Ada orang mengatakan Googlebot atau Yahoo slurp itu datang ke website anda bergantung kepada nasib, kalau nasib anda baik, website anda akan di index serta merta bila search engine bot datang. Huh...mana ada nasib baik ke tak baik. Semua ini hanya program. Pencipta search engine bot tu telah tetapkan yang mana kekerapan search engine bot datang ke website anda bergantung kepada Page Rank site anda atau kekerapan anda letakkan link di website orang lain. Lagi tinggi PR anda, lagi kerap search engine bot datang ke website. Itu sahaja.

Bagi webmaster yang tahu serba sedikit tentang SEO, selalunya mereka akan letakkan link website baru mereka di website mereka yang lain yang sudah mempunyai PR. Jadi bila search engine bot datang ke website mereka yang sudah mempunyai PR, ia akan jumpa link baru website baru mereka. Lagi tinggi PR site itu, lagi cepat website baru mereka itu di index oleh search engine. Selalunya PR 7 akan dilawati oleh Googlebot setiap hari. Jadi kalau anda dapat letakkan link website baru anda di website yang mempunyai PR 7, website baru anda akan di index serta merta oleh search engine. Dua tiga hari lepas itu, website anda akan berada di search engine database.

Bagaimana kalau anda baru ada satu website, dan tidak tahu di mana hendak mencari PR 7 website untuk diletakkan link website anda?

Tiada masalah, aku akan ajar bagaimana untuk menyuruh search engine bot datang ke website baru anda dan serta merta index website baru anda itu dalam masa satu hari ataupun dua hari.Dan lagi, ia akan index keseluruhan site anda. Jika site anda ada 30 pages, semua 30 pages itu akan di index oleh search engine dalam masa satu hari ataupun dua hari. Cool huh!

Teknik ini dipanggil Blog and Ping. Ada orang menjual cara ini.

ok, kita mulakan sekarang. Ia menggunakan dua website sahaja iaitu Blogger.com dan Yahoo.com.

1- Buka akaun dengan blogger.com. Bubuh la nama apa pun tak kisah.

2- Lepas tu login ke blogger akaun dan start new posting. Taipkan url page website baru anda. Mulakan dengan index.html, sitemap.html dan lain-lain. Letakkan 5 atau 6 link page anda di sini.

Semua keyword tersebut di linkkan ke link page tersebut, macam male underwear di linkkan ke hhtp://www.underwear.com/male-underwear.html, dan begitu seterusnya untuk lain-lain keywords.

3- Kemudian klik publish.

Anak panah tersebut menunjukkan rss feed untuk blog akaun anda. Contoh macam site di atas, url untuk rss feed di atas ialah http://underwear.blogspot.com/atom.xml. Kita cuma perlu url ini untuk digunakan di Yahoo kelak. Kalau akaun yang anda buka dengan blogger.com ialah mysite, jadi url rss feed anda ialah http://mysite.blogspot.com/atom.xml

4- Pergi ke Yahoo dan login ke akaun anda. Semua orang ada akaun dengan Yahoo bila anda daftar free email akaun dengan Yahoo. Login ke Yahoo dan klik My Yahoo. Kemudian anda akan jumpa page seperti di bawah:


Klik Add Content

5- Anda akan jumpa page ini. Klik Add Rss by Url.


6- Anda akan jumpa page di bawah:

7- Masukkan url rss feed anda di sini. Contoh macam di atas tadi, kita taipkan http://underwear.blogspot.com/atom.xml . Kemudian klik add. Contoh di bawah guna url rss feed site ini.

Kemudian klik add.

Tahniah, anda telah berjaya melakukan apa yang dipanggil Blog and Ping. Ulangi cara ini untuk page lain pula. Kalau website anda ada 30 pages, mulakan dengan 5 page dahulu, kemudian selepas 15 minit, mulakan 5 pages lagi, dan selepas 15 minit lagi mulakan 5 pages yang lain pula sampailah ke page yang ke 30. Mengapa 15 minit, ini kerana kita memberi masa kepada search engine bot untuk datang dan index 5 pages yang mula-mula dahulu. Jadi kalau site anda mempunyai 100 pages, lakukan cara di atas, dalam masa dua hari keseluruhan 100 pages site anda akan di index oleh search engine.

Selalunya Yahoo slurp akan datang dahulu, kemudian diikuti oleh Googlebot. Tak percaya, anda cubalah dahulu. Selalunya website anda akan di index dalam masa 1 hari atau 2 hari. Beginilah cara aku submit setiap website baru aku di search engine.

Ingat! lagi cepat website anda berada di search engine, lagi cepat traffic datang dan lagi cepat anda boleh dapat income.

jumpa lagi..
Baru baru ini saya telah cuba SBI , cara memudahkan setup website pertama. Pada pedapat saya ia memudahkan process mencipta website dan anda akan dapat pendapatan tinggit sekelip mata.

Bukan free tapi sekali bayar bolehlah duplicate ke 10, 20 atau 100 websites! Ada money back guarantee lagi kalau tidak puas hati tetapi saya rasa anda tidak akan menyesal setelah 1-2 minggu menggunanya.

3 Comments:

Blogger Rahim Rentaka said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi. Satu informasi yang bagus

December 28, 2008 at 4:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Bro,
Gua respek sama lu...org lain sibuk buat duit dengan apa yang lu terangkan tapi lu ajar free-free je...aku doakan moga bertambah-tambah ilmu mu Bro....tahniah, rezeki tu kerja ALLAH, jadi biar dia uruskan, lu kalau ada ilmu,kongsikan jer....ALLAH akan berikan lu rezeki melalui jalan yang tidak disangka-sangka.....

June 19, 2010 at 7:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

Bro saya kurang faham dengan arahan yang diberikan kalau boleh terang gambar proses saya lebih mudah difahami

October 14, 2010 at 8:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home