Monday, March 3, 2008

Cara research guna adwords

List of high paying keyword, aku dapat free dari kebanyakan website yang bagi percuma.

Contoh keyword "Mesothelioma".

Aku login ke adword, klik any campaign yang aku promote. Kemudian klik " add keyword". Kemudian aku masukkan keyword "Mesothelioma" dan masukkan maksimum cpc per day, aku bubuh USD 100.00. Kemudian aku klik estimate traffic. Adword akan paparkan traffic per day, cost per click dan position ads tersebut untuk keyword "Mesothelioma".

Apa yang aku dapat:

daily click 0.3
cost per click 9.22
average position 1.0

Dari sini aku tahu yang keyword "mesothelioma" mempunyai bid yang melebihi USD 9.22 untuk postion No 1. Jadi position No 2, bidnya ialah 9.21. Co yang bid lebih dari USD 9.21 akan dicaj oleh Google sebanyak USD 9.22, lebih USD 0.01 dari bid no 2.

Sekarang kita masukkan cpc - USD 9.21 untuk dapatkan bid position no 3.

daily click 0.3
cost per click 1.74
average position 1.3

Jadi kita tahu untuk ads postion No 3, co itu cuma bid USD 1.73 sahaja.

Lakukan untuk seterusnya dan anda akan tahu berapa banyak bid yang tinggi untuk keyword tersebut.

Banyak kerja sikit la.

Aku try letak USD 1.72, dan adword mengatakan cost per click cuma USD 0.37, maknanya untuk position No 4, Co itu hanya bid USD 0.36 per click sahaja.


Dari sini kita tahu yang keyword "mesothelioma" tak banyak cost per click yang tinggi. Jadi average cpm pun rendah, dan tak mungkin ada akan dapat komisyen yang tinggi.

Cuba cari keyword yang mempunyai competition yang tinggi dan banyak advertiser sanggup bid tinggi. Cuba dapatkan keyword yang bidnya tidak lari jauh sangat, contoh:

Position No 1 - USD 5.00
Position No 2 - USD 4.90
Position No 3 - USD 4.80
-
Position No 10 USD 1.00

Kalau anda jumpa keyword yang mempunyai bid sebigini, mungkin komisyen yang anda dapat pun agak tinggi juga, jika anda berjaya memaparkan ads daripada 10 advertiser yang bid seperti di atas.

Benda ini nampak remeh sikit, nak check satu-satu, tapi berbaloi kalau anda dapat jumpa keyword yang mempunyai bid yang banyak dan tinggi cost per click nya. Lepas tu kena tweak website supaya ia memaparkan ads yang agak sama di Google USA. Aku tulis agak sama bukan apa, kadang-kadang advertiser cuma mahu adsnya keluar di Google sahaja dan bukan di content publisher, jadi ads yang dipaparkan di website anda berlainan sedikit dari Google USA.

Kalau dapat separuh dari ads tersebut pun dah kira ok la tu.

Banyak website yang jual high keyword tu sebagai reference sahaja bagi anda. Nak tahu keyword tu banyak advertiser bid tinggi, kena check melalui Adword, seperti yang aku lakukan seperti di atas.

Tak guna dapat keyword yang mempunyai USD 100.00 per click, sedangkan advertiser yang no 2, 3 dan seterusnya cuma bid USD 0.05 per click sahaja. Jadi, walaupun ads yang No 1 itu berada di website anda , bila di klik, anda cuma dapat berapa sen sahaja, sebab advertiser yang No 1 itu bukannya kena bayar USD 100.00 per click tapi USD 0.06 per click.
Baru baru ini saya telah cuba SBI , cara memudahkan setup website pertama. Pada pedapat saya ia memudahkan process mencipta website dan anda akan dapat pendapatan tinggit sekelip mata.

Bukan free tapi sekali bayar bolehlah duplicate ke 10, 20 atau 100 websites! Ada money back guarantee lagi kalau tidak puas hati tetapi saya rasa anda tidak akan menyesal setelah 1-2 minggu menggunanya.

Submit to search engine

Hai, jumpa lagi. Minggu lalu anda sudah tahu tentang SEO dan bagaimana untuk mengoptimizekan keywords anda. Topik hari ini ialah bagaimana untuk submit url site anda ke search engine. Selalunya kebanyakan webmaster akan submit url website ke mereka menggunakan Google add url atau Yahoo submit site ataupun juga menggunakan website macam Addme atau Submit Express.Nasihat aku, jangan gunakan semua cara itu, kerana ia mengambil masa yang lama untuk Googlebot atau Yahoo slurp datang dan index website baru anda itu. Selalunya ia mengambil masa lebih kurang 4 bulan atau kadang-kadang mencecah 8 bulan baru website anda itu di index oleh Googlebot mahupun Yahoo slurp.

Bagaimana kalau anda tahu cara yang boleh mempercepatkan proses itu. Dari 4 bulan lamanya boleh dipendekkan kepada 1 bulan ataupun 1 hari.Lagi cepat website anda di index oleh search engine, lagi cepat traffic datang dan lagi cepat anda boleh dapat income. Ada orang mengatakan Googlebot atau Yahoo slurp itu datang ke website anda bergantung kepada nasib, kalau nasib anda baik, website anda akan di index serta merta bila search engine bot datang. Huh...mana ada nasib baik ke tak baik. Semua ini hanya program. Pencipta search engine bot tu telah tetapkan yang mana kekerapan search engine bot datang ke website anda bergantung kepada Page Rank site anda atau kekerapan anda letakkan link di website orang lain. Lagi tinggi PR anda, lagi kerap search engine bot datang ke website. Itu sahaja.

Bagi webmaster yang tahu serba sedikit tentang SEO, selalunya mereka akan letakkan link website baru mereka di website mereka yang lain yang sudah mempunyai PR. Jadi bila search engine bot datang ke website mereka yang sudah mempunyai PR, ia akan jumpa link baru website baru mereka. Lagi tinggi PR site itu, lagi cepat website baru mereka itu di index oleh search engine. Selalunya PR 7 akan dilawati oleh Googlebot setiap hari. Jadi kalau anda dapat letakkan link website baru anda di website yang mempunyai PR 7, website baru anda akan di index serta merta oleh search engine. Dua tiga hari lepas itu, website anda akan berada di search engine database.

Bagaimana kalau anda baru ada satu website, dan tidak tahu di mana hendak mencari PR 7 website untuk diletakkan link website anda?

Tiada masalah, aku akan ajar bagaimana untuk menyuruh search engine bot datang ke website baru anda dan serta merta index website baru anda itu dalam masa satu hari ataupun dua hari.Dan lagi, ia akan index keseluruhan site anda. Jika site anda ada 30 pages, semua 30 pages itu akan di index oleh search engine dalam masa satu hari ataupun dua hari. Cool huh!

Teknik ini dipanggil Blog and Ping. Ada orang menjual cara ini.

ok, kita mulakan sekarang. Ia menggunakan dua website sahaja iaitu Blogger.com dan Yahoo.com.

1- Buka akaun dengan blogger.com. Bubuh la nama apa pun tak kisah.

2- Lepas tu login ke blogger akaun dan start new posting. Taipkan url page website baru anda. Mulakan dengan index.html, sitemap.html dan lain-lain. Letakkan 5 atau 6 link page anda di sini.

Semua keyword tersebut di linkkan ke link page tersebut, macam male underwear di linkkan ke hhtp://www.underwear.com/male-underwear.html, dan begitu seterusnya untuk lain-lain keywords.

3- Kemudian klik publish.

Anak panah tersebut menunjukkan rss feed untuk blog akaun anda. Contoh macam site di atas, url untuk rss feed di atas ialah http://underwear.blogspot.com/atom.xml. Kita cuma perlu url ini untuk digunakan di Yahoo kelak. Kalau akaun yang anda buka dengan blogger.com ialah mysite, jadi url rss feed anda ialah http://mysite.blogspot.com/atom.xml

4- Pergi ke Yahoo dan login ke akaun anda. Semua orang ada akaun dengan Yahoo bila anda daftar free email akaun dengan Yahoo. Login ke Yahoo dan klik My Yahoo. Kemudian anda akan jumpa page seperti di bawah:


Klik Add Content

5- Anda akan jumpa page ini. Klik Add Rss by Url.


6- Anda akan jumpa page di bawah:

7- Masukkan url rss feed anda di sini. Contoh macam di atas tadi, kita taipkan http://underwear.blogspot.com/atom.xml . Kemudian klik add. Contoh di bawah guna url rss feed site ini.

Kemudian klik add.

Tahniah, anda telah berjaya melakukan apa yang dipanggil Blog and Ping. Ulangi cara ini untuk page lain pula. Kalau website anda ada 30 pages, mulakan dengan 5 page dahulu, kemudian selepas 15 minit, mulakan 5 pages lagi, dan selepas 15 minit lagi mulakan 5 pages yang lain pula sampailah ke page yang ke 30. Mengapa 15 minit, ini kerana kita memberi masa kepada search engine bot untuk datang dan index 5 pages yang mula-mula dahulu. Jadi kalau site anda mempunyai 100 pages, lakukan cara di atas, dalam masa dua hari keseluruhan 100 pages site anda akan di index oleh search engine.

Selalunya Yahoo slurp akan datang dahulu, kemudian diikuti oleh Googlebot. Tak percaya, anda cubalah dahulu. Selalunya website anda akan di index dalam masa 1 hari atau 2 hari. Beginilah cara aku submit setiap website baru aku di search engine.

Ingat! lagi cepat website anda berada di search engine, lagi cepat traffic datang dan lagi cepat anda boleh dapat income.

jumpa lagi..
Baru baru ini saya telah cuba SBI , cara memudahkan setup website pertama. Pada pedapat saya ia memudahkan process mencipta website dan anda akan dapat pendapatan tinggit sekelip mata.

Bukan free tapi sekali bayar bolehlah duplicate ke 10, 20 atau 100 websites! Ada money back guarantee lagi kalau tidak puas hati tetapi saya rasa anda tidak akan menyesal setelah 1-2 minggu menggunanya.

Minggu yang sibuk

Hi jumpa lagi,
Aku janji nak beritahu tentang cara membina website dan promote affiliate program, tapi aku tangguh dulu sebab tiada masa, tapi takpe ia akan datang..

Sekarang tengah sibuk buat keyword research tentang website baru aku.
Keyword research ni sangat penting, kalau anda salah optimized kan keyword, website anda takkan dapat traffic dari search engine. Tak guna dapat top ranking untuk keyword " aku kaya" kalau tak ada orang taip perkataan itu. So remember, keyword research is very important bila nak buat website promoting affiliate program. Pilih keyword yang banyak dicari dan boleh convert kepada sale.

Kalau anda dah ada website tetapi not good in search engine, anda boleh tukar dan repair balik site anda itu. Find the best keyword related to your website. Optimized that keyword so that it got top ranking in search engine. Tak dapat kat Google, dapatkan kat Yahoo atau MSN.

Bagi mereka yang promote Adsense, cuba guna cara ini untuk mendapat klik yang tinggi pada Adsense anda. Design your navigational menu like Adsense. Navigational menu in the right and Adsense in left. It's work.

Anda akan lihat navigational menu dan Adsense lebih kurang sama, tak tahu nak beza, cuma kat Adsense ada Ads by Google itu saja. Cuba letak perkataan "Sponsored Links" jika takut diwarning oleh Google.
Jadi cuba guna cara ini, mungkin income dari Adsense anda akan bertambah, mana tahu...

ok, jumpa lagi....
Baru baru ini saya telah cuba SBI , cara memudahkan setup website pertama. Pada pedapat saya ia memudahkan process mencipta website dan anda akan dapat pendapatan tinggit sekelip mata.

Bukan free tapi sekali bayar bolehlah duplicate ke 10, 20 atau 100 websites! Ada money back guarantee lagi kalau tidak puas hati tetapi saya rasa anda tidak akan menyesal setelah 1-2 minggu menggunanya.

Rahsia Pendapatan Online

Saya mencipta website ini untuk menunjukkan orang Malaysia juga boleh menbuat pendapatan dari Internet. Online income yang saya tunjukkan di sini akan merangkumi Google Adsense, Chitika, PPC dan lain lain yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Sila beri komen atau ada sebarang pertanyaan sila poskan dan saya akan cuba terangi di sini.

Terima Kasih dan selamat mencipta income online pertama anda.

Labels: , , , ,

Baru baru ini saya telah cuba SBI , cara memudahkan setup website pertama. Pada pedapat saya ia memudahkan process mencipta website dan anda akan dapat pendapatan tinggit sekelip mata.

Bukan free tapi sekali bayar bolehlah duplicate ke 10, 20 atau 100 websites! Ada money back guarantee lagi kalau tidak puas hati tetapi saya rasa anda tidak akan menyesal setelah 1-2 minggu menggunanya.